Sunday, April 20, 2014

Penghijrahan part (I)

"Hijrah berasal daripada perkataan bahasa Arab yang membawa maksud meninggalkan satu tempat untuk menuju ke tempat lain. Ada di kalangan ahli bahasa yang memberi erti hijrah adalah merangkumi hijrah jasmani dan hijrah rohani. Maksud hijrah jasmani ialah meninggalkan satu-satu tempat. Manakala hijrah rohani pula ialah meninggalkan satu-satu sikap, kepercayaan, akidah, emosi dan tasawur serta menggantikannya dengan yang lain." (Panel Penulis Jakim, En Hasan bin Kasan)

Perkataan hijrah ini amat bermakna buat saya. Perkataan yang sentiasa membuat hati saya berkocak-kocak, sedih, gembira dan syukur. Tiada perkataan yang dapat menggambarkan perasaan saya apabila saya dengar perkataan HIJRAH.Mungkin perkataan ini amat bermakna untuk saya. Kadang-kadang diri ini merasakan tidak layak untuk mendapatkan segala perasaan nikmat ini. Diri ini kerdil dan miskin untuk merasai nikmat sebesar itu.

Bagi saya setiap hari kita hidup, setiap hari itu lah penghijrahan kita. Penghijrahan bukan dilakukan hanya sekali seumur hidup. Tetapi penghijrahan dilakukan setiap hari dalam hidup kita.Cuma bezanya penghijrahan kecil dan besar sahaja. Bagi saya setiap hari dalam hidup kita ini merupakan satu penghijrahan.  Kita sentiasa perlu tanam dalam diri ini untuk menjadi seorang hamba Allah yang lebih baik hari demi hari. Itu juga boleh dikira sebagai satu penghijrahan. Allah menilai dan menghargai setiap penghijrahan kita walaupun sedikit dan sekecil kuman. Semuanyanya dikira jika hati kita benar-benar ikhlas melakukannya. =) 

Kisah penghijrahan besar saya untuk melangkah satu tapak kehadapan untuk mengubah hidup mengikut Islam sangat simple. Saya dulunya seperti anak muda yang biasa. Sekarang saya masih lagi anak muda yang biasa juga. Menuntut ilmu, mahukan yang terbaik untuk kedua ibubapa saya, mahukan yang terbaik dari semua aspek. Tetapi mungkin cara pemikiran saya selepas berhijrah agak berbeza dengan anak muda di luar sana dan mungkin juga kita mempunyai pemikiran yang sama. =)

4 November 2013 merupakan hari yang tidak akan dilupakan oleh diri saya sendiri.Ia menjadi titik segala penghijrahan saya. Tiada pekataan yang dapat mengambarkan betapa bersyukurnya dengan nikmat dariNya. Memberi daku perasaan yang tidak dapat digambarkan oleh sesiapa pun.  Sedang orang lain sibuk dengan tweet mereka dan status facebook mereka mengenai Maal Hijrah yang akan disambut hari berikutnya, saya masih dikatil baring dan berfikir. Pertanyaan demi pertanyaan aku menyoalkan kepada diriku. 
1) Sampai bila aku ingin begini? 
2) Bagaimana jika aku mati dalam kemungkaran dan tidak sempat bertaubat? 
3) Adakah ibadatku diterima jika aku tidak melakukan salah satu kewajipan yang diperintahkan oleh Allah? 
4) Nikmat apa lagi yang aku tidak dapat daripada Allah? 
5) Sampai bila aku hendak menyiksa kedua orang tua ku? 
6) Keseronokkan dan kebahagiaan apa yang aku sedang mencari?
7) Kenapa kata-kata dan perintah manusia amat aku kisah, sedangkan kata-kata dan perintah Allah?
8) Bila masa yang sesuai untuk betul-betul berubah? 
9) Boleh ke aku istiqomah dalam perubahan ini?
Beribu-ribu persoalan lagi bermain diminda ini. Persoalan yang masih lagi ragu-ragu untuk berubah.

   Tapi entah datang dari mana perasaan kuat dan bertekad itu datang mengetuk dan mencengkam hati ini. Segala persoalan itu, hanya dibuang ketepi seperti tidak ade apa yang menghalang diri ini untuk berubah. Seperti peribahasa Melayu, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Aku yakin setiap manusia inginkan perubahan dalam diri. Dalam hati setiap hambaNya inginkan perubahan mendekatkan diri kepadaNya, walaupun sedikit. Cuma perasaan takut itu menyelubungi dan menghalang niat diri. Selain itu perasaan takut tidak istiqamah mengganggu dan "stop"kan niat kita untuk berubah.Betulkan?

Kita manusia biasa, yang hari-hari kita, kita akan melakukan dosa. Kita bukan manusia sempurna. Kerana kesempurnaa sesuatu itu hanyalah datang daripada Allah. Tiada siapa ingin diri ini terbabas dari landasan yang salah. Tetapi kadang-kadang kita tewas. tewas dengan siapa? Dengan SYAITAN yang benci melihat perubahan kita untuk menjadi Hamba Allah yang sejati.

Ia terbukti syaitan ini tidak senang dengan manusia yang berada dijalan Allah. mereka berusaha menyesatkan kita. seperti yang tertulis dalam alquran:
(surah Al-A'Raf : 16)
KERANA ENGKAU TELAH MENYESATKAN AKU, PASTI AKU AKAN SELALU MENGHALANGI MEREKA DARI JALAN-MU YANG LURUS.

(surah Al-A'raf : 17)
KEMUDIAN AKU PASTI AKAN MENDATANGI MEREKA DARI DEPAN, DARI BELAKANG, DARI HADAPAN, DARI BELAKANG, DARI KANAN DAN DARI KIRI MEREKA. DAN ENGKAU TIDAK AKAN MENDAPATI MEREKA BERSYUKUR.

Ayat diatas terbukti bahawa, syaitan tidak akan berputus asa menyesatkan kita, mengajak kita melakukan kemungkaran. Even kalau kita sudah berhijrah juga syaitan ini masih akan mengganggu kita. Terutama sekali perasaan yang benar-benar ingin berubah. bukan senang bukan? Sebab hasutan syaitan lebih kuat berbanding dengan suara sendiri yang berusaha untuk menguatkan iman dan perbaiki iman yang lemah ini.

Sebab itu segala pilihan yang kita nak buat, kita perlu yakinkan diri kita perlu kuatkan semangat untuk mencapainya. Ia bukan senang untuk tetapkan hati yang sentiasa berubah ini tambah lagi degan gangguan godaan syaitan, pasti ia bukan sesuatu yang senang bukan ? 
insyaAllah akan saya sambungkan kisah ini untuk entry yang seterusnya =) 






   



Monday, April 14, 2014

Pengenalan

Bismillahhirrahmanirrahim.
Aku Bukan Bidadari Syurga.
tajuk ini dipilih sebagai nama blog ini kerana saya hanya manusia biasa dan kerdil untuk menjadi bidadari syurga. Masih panjang lagi perjalanan hidup saya untuk ditempuhi supaya dapat menjadi salah seorang bidadari syurga. 

Saya percaya, setiap wanita yang diberikan kesempatan hidup di muka bumi Allah ini ingin menjadi salah seorang bidadari syurga. Ingin berada di syurga Allah yang penuh dengan nikmat yang tidak dapat digambarkan betapa bahagianya jika berada di syurga abadi itu.

Blog ini bukan semata-mata menceritakan pengalaman hidup saya,tetapi ia adalah untuk berkongsi dengan anda setiap ilmu yang sedikit yang saya perolehi agar ia memberi beribu-ribu manfaat dan peringatan kepada kita hambaNya yang kerdil ini.

Tiada tajuk yang spesifik untuk saya kongsikan dalam blog ini. Semua tajuk yang akan dikongsikan adalah "random". Apa yang saya pelajari setiap hari atau apa yang berada di kotak pemikiran saya akan saya kongsikan bersama anda. Semuanya ada kaitan dengan kehidupan manusia, pemikiran manusia, masalah yang sering kita hadapi seharian dan pelbagai lagi. InsyaAllah ilmu Allah yang saya pelajari sedikit sebanyak dapat disampaikan kepada seluruh umatNya untuk dikongsi. 

Jika ada yang saya tersalah tafsir atau anda ada pandangan yang berlainan dengan saya, saya sangat mengalu-alukan anda untuk berkongsi idea dan pandangan anda bersama-sama saya. Saya hanya remaja biasa yang baru mengenal dunia. Masih banyak lagi yang belum saya terokai. 

Semoga blog ini memberi manfaat kepada semua pembaca. 
semoga anda semua sentiasa dibwah perlindungan Allah S.W.T dan mendapat keberkatan dariNya.
Sesungguhnya, yang baik itu datang dari Allah da yang buruk itu datang dari diri saya yang penuh dengan kecacatan ini. 
wallahhualam.

salam sayang.
ABBS =)